Susulan isu video tular berhubung satu ritual menolak bencana banjir di Teluk Intan, Perak.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu dikenali sebagai Raja Bomoh.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
 
Beliau menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dan menjauhi sebarang amalan yang menjurus kepada khurafat.
 
Video berkenaan tular di media sosial memperlihat Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai Puteri Zaleha sedang menjalankan ritual tepung tawar dipercayai menolak kejadian banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini