Rizab Antarabangsa Bank Negara berjumlah 102.3 bilion dolar amerika pada 31 Mei 2019 lalu. Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh, dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. Bank pusat itu menjelaskan. komponen utama rizab berkenaan meliputi rizab mata wang asing sebanyak 96.3 bilion dolar Amerika. Kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa berjumlah 1.1 bilion dolar, manakala lain-lain aset rizab 2.2 bilion dolar Amerika. Emas pula bernilai 1.6 bilion dolar dan Hak Pengeluaran Khas; S-D-R bernilai 1.1 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini