Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah 116.2 bilion dolar Amerika setakat 14 Januari 2022.

Bank pusat dalam kenyataan berkata, paras rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing sebanyak 102.6 bilion dolar, kedudukan rizab IMF 1.4 bilion dolar, hak pengeluaran khas, 6 bilion dolar, emas pula 2.3 bilion dolar dan aset lain sebanyak 3.9 bilion dolar.

Aset pula antaranya terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR berjumlah RM484.17 bilion, kertas kerajaan RM12.21 bilion, deposit dengan institusi kewangan RM875.33 juta, pinjaman dan pendahuluan RM22.87 billion, tanah dan bangunan RM4.16 bilion manakala aset lain berjumlah RM21.30 bilion.

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab RM182.21 bilion, mata wang dalam edaran RM153.10 bilion, manakala deposit oleh institusi kewangan pula berjumlah RM145.40 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini