Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion setakat 31 Mei 2022. Bank pusat menerusi kenyataan menyatakan paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Menerusi kenyataan, BNM memaklumkan komponen utama rizab antarabangsa ini merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$100.3 bilion pada 31 Mei. Selain itu, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.4 bilion, hak pengeluaran khas AS$6.0 bilion, emas AS$2.4 bilion dan aset rizab lain AS$2.7 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini