Rizab antarabangsa Bank Negara setakat 30 Ogos meningkat kepada USD116.3 bilion.

Paras rizab lebih tinggi itu mencerminkan peruntukan tambahan Hak Pengeluaran Khas, SDR kepada Malaysia berjumlah USD3.5 bilion.

Bank Negara dalam kenyatannya memaklumkan ia bertambah berbanding USD111.3 bilion 13 Ogos lalu.

Jumlah SDR itu bersamaan USD5 bilion dolar Amerika, sama digariskan Tabung Kewangan Antarabangsa IMF.

Peruntukan SDR akan menyediakan mudah tunai tambahan kepada sistem kewangan global, memperkukuh rizab, meningkatkan keyakinan, serta memperkuat daya tahan ekonomi dunia.

Paras rizab berkenaan memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini