Telaga aktif sumber air bawah tanah atau telaga tiub di negara ini mempunyai rizab yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlakunya bencana pada musim kering susulan peralihan Monsun Barat Daya.

Kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyebut,  berdasarkan data Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Menurut Mesyuarat Penyelarasan bagi Menghadapi Cuaca Panas dan Kering, JMG diarahkan membuat pemetaan atau pemadanan lokasi telaga tiub dengan kawasan titik panas di kawasan berisiko bagi memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Mesyuarat turut menetapkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bertanggungjawab menyampaikan pemakluman hari tanpa hujan sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut (setiap hari) kepada Jabatan Alam Sekitar dan agensi berkaitan serta mengeluarkan nasihat sekiranya terdapat tanda-tanda akan berlaku jerebu rentas sempadan.

Selain itu persiapan lain termasuk pemantauan kemarau akan dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secara mingguan dan bulanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini