Peruntukan RM3.4 bilion diperlukan bagi membaiki Jalan Persekutuan yang rosak di seluruh semenanjung Malaysia. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ia termasuk penurapan dan membuat lapisan atau jalan baharu yang dijangka siap tahun hadapan.

Namun pihaknya sedar kekangan dihadapi kerajaan khususnya melibatkan kewangan memandangkan tumpuan juga perlu diberi terhadap keperluan lain ketika ini.

Cadangan akan dikemukakan di kabinet bagi mencari penyelesaian lebih konkrit dan komprehensif. Beliau ditemui pemberita pada sesi Taklimat Lawatan Kerja Ke Laluan Persekutuan Daerah Hulu Perak di Gerik.

Dalam pada itu, RM68 juta diperlukan bagi membina semula jalan baharu di laluan FT004 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dari Gerik ke Jeli, Kelantan. Sebagai langkah jangka pendek, kerja-kerja penurapan sementara laluan akan dibuat segera bermula Sabtu ini.     

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini