RM 1.4 bilion diperuntuk bagi kerja baik pulih infrastruktur kritikal membabitkan hampir seribu jalan rosak, jambatan runtuh dan runtuhan cerun susulan bencana banjir di seluruh negara.

Antaranya pembaikan cerun runtuh di 449 lokasi, banjir sebanyak 443 lokasi, banjir kilat (62 lokasi) DAN masing-masing lima lokasi melibatkan jalan mendap, jambatan rosak atau runtuh.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof,sasaran tempoh kesemua kerja-kerja dapat disiapkan menjelang Jun ini.

Sejumlah 928 lokasi telah selesai kerja pembersihan dan dibuka untuk laluan sekurang-kurangnya satu lorong.

Beliau melawat Jambatan Bailey di Kampung Bemban, Jelebu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini