Kementerian Kerja Raya, KKR memaklumkan kerja-kerja pembaikan infrastruktur yang rosak akibat banjir di seluruh negara dijangka menelan belanja RM1 bilion.

Ketua Setiausaha KKR, Datuk Wan Uzir Wan Sulaiman berkata infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan cerun di bawah seliaan kementerian perlu segera dibaiki agar akses serta kesalinghubungan rakyat dapat diteruskan.
Selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerja-kerja pembaikan infrastruktur tidak boleh ditangguh, dan perlu dilaksanakan segera.

Beliau juga memaklumkan KKR sedang mengambil langkah-langkah ‘gelombang kedua’ banjir, antaranya,bekerjasama dengan Jabatan Hutan untuk memastikan hutan dan cerun tidak rosak.

Beliau bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman melakukan tinjauan kerja pemasangan jambatan Bailey Bridge di Kampung Tanjung Pauh, Hulu Langat, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini