Sejumlah RM10 juta diperuntukkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi membantu penduduk yang terjejas banjir. 

Separuh daripada keseluruhan peruntukan, dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan asas.

Menterinya, Idris Ahmad memaklumkan, peruntukan itu disumbangkan lapan agensi bawah jabatannya termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). 

Sehingga kini, hampir RM5 juta daripada keseluruhan peruntukan tersebut telah dibelanjakan untuk membeli keperluan asas penduduk terjejas banjir. 

Antara barangan yang disumbangkan adalah selimut, pek kebersihan, kelengkapan solat, barangan elektrik dan makanan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini