Sebanyak RM115juta diperuntuk bagi menyemarakkan semula industri pelancongan di Selangor yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Peruntukan bagi tempoh 2021 hingga 2025 itu membabitkan pelaksanaan beberapa inisiatif melibatkan kesemua industri berkaitan.

Menteri Besar, Dato Seri Amirudin Shari berkata, antara inisiatif tersebut meliputi pemberian geran pemulihan kepada pemain industri, Kempen Pusing Selangor Dulu, penganjuran Konvensyen Pelancongan Selangor 2022 dan pembangunan infrastruktur pelancongan.

Beliau menggesa pihak terlibat agar terus memperkenalkan pakej dan tarikan unik bagi menarik pelancong.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Konvensyen Global Pelancongan Selangor di Petaling Jaya.

Seramai empat ribu 400 pemain industri pelancongan berhimpun secara hibrid yang berakhir hari ini dengan tema ‘GAME CHANGER, RESET TOURISM’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini