Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM12.63 juta untuk memperkukuhkan pembangunan industri halal negara bagi tahun 2022.
Ia merangkumi projek di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak RM3.9 juta, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (RM5.1 juta) dan Jabatan Perdana Menteri (RM3.63 juta).
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ialah Datuk Lim Ban Hong berkata, langkah itu dijangka meningkatkan sumbangan industri halal kepada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus dan menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada tahun 2025.
Datuk Lim menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew.