PRU DUN SARAWAK ke-12 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM150 juta. Dan seramai 1,252,14 orang layak mengundi pada PRU DUN SARAWAK ke-12. Jelasnya, daripada jumlah keseluruhan pemilih yang layak, 1,228,858 orang merupakan pengundi biasa.

Manakala 12,585 anggota tentera dan pasangan; 10,458 orang anggota polis PGA dan pasangan, menjadikan keseluruhan yang layak mengundi awal berjumlah 23,43 orang.

Sementara 113 orang adalah Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara. Jelas Datuk Abdul Ghani lagi, sebanyak 82 Pusat Penamaan Calon dan 82 Pusat Penjumlahan rasmi Undi (PRU) akan disediakan.

Dan 1,951 pusat mengundi dengan 3,666 saluran akan dibuka. SPR melantik 82 pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu 249 Penolong Pegawai Pengurus, selain menubuhkan 155 pasukan Penguat Kuasa kempen Pilihan Raya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini