Peruntukan bantuan pembiayaan mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada mereka yang terkesan banjir baru-baru ini dinaikkan kepada RM150 juta berbanding RM100 juta sebelum ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan menerusi pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir tersebut dinaikkan kerana mendapat sambutan baik daripada peminjam terjejas.

Mengulas Pakej Bantuan Banjir, Tengku Datuk Seri Zafrul memaklumkan, lebih RM1.4 bilion telah diperuntukkan untuk tujuan itu.

Ia meliputi moratorium pinjaman kenderaan, rumah dan kad kredit daripada semua bank bagi menangguhkan pinjaman mereka.

Juga, Bantuan Wang Ihsan (BWI), bantuan pembelian barang keperluan dan bantuan baik pulih rumah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini