RM186 juta peruntukan diperlukan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera bagi memperkasa aspek latihan dan kemahiran belia Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Muzzamil Ismail berharap peruntukan dipohon menerusi Bajet 2022 itu mampu menyokong usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan Bumiputera

Yayasan Peneraju merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bertujuan meningkatkan keupayaan bakat Bumiputera dalam bidang berpendapatan tinggi.

Sejak penubuhannya, lebih 40,000 individu telah mendapat manfaat melalui lebih 350 inisiatif ditawarkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini