Tempoh penangguhan selama seminggu diberi kepada peniaga dan pengusaha farmasi untuk menghabiskan stok sedia ada kit ujian kendiri COVID-19 bermula esok.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata tempoh seminggu itu diharap dapat meminimumkan kerugian mereka.

Menurutnya, selepas tempoh berkenaan tamat pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang akan diambil dengan mana-mana peniaga yang dikesan menjual kit berkenaan melebihi harga kawalan.

Harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 ditetapkan pada harga RM19.90 manakala harga borong RM16.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini