Sebanyak RM2.04 billion peruntukan disalurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai bantuan bulanan kepada 515,581 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ia dimanfaatkan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan pesakit terlantar.

Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yussof berkata KPWKM menerima RM2.68 bilion menerusi Bajet 2022, dengan RM2.5 billion peruntukan mengurus dan 175.42 juta bagi tujuan pembangunan.
 
Seterusnya peruntukan tambahan 4.6 peratus iaitu RM116.882 juta tahun ini dengan penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu kepada RM1,169.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini