RM21.9 Juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS bagi pembinaan 47 Taman Bimbingan Kanak-Kanak TABIKA dan Taman Asuhan Kanak-Kanak TASKA tahun ini.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia membabitkan 42 TABIKA dan lima TASKA yang dibina di seluruh negara kecuali di Pahang dan Pulau Pinang.

Projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun ; seterusnya dapat menampung permintaan dan keperluan semasa pendidikan awal kanak-kanak di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Beliau memaklumkannya selepas menyampaikan Sijil Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak 2022 kepada 349 penerima di Alor Gajah.

Dalam pada itu, 700 Tabika KEMAS akan disediakan akses internet tahun ini.

Dan sekurang-kurangnya 50 peratus premis TADIKA dan TASKA dijangka mempunyai akses internet menjelang 2030.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini