Polis Sabah merampas dadah dipercayai syabu bernilai RM2 juta seberat 55 kilogram dalam dua serbuan di sekitar Kota Kinabalu, pada 4 dan 9 Januari lalu. Turut ditahan seorang suspek lelaki tempatan berumur 50 tahun bagi membantu siasatan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya percaya kegiatan itu didalangi sindiket yang menghantar dadah dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu menggunakan perkhidmatan kurier yang diisytihar sebagai peralatan akuarium.

Jelasnya, hasil perkongsian maklumat dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, serbuan dilakukan pada 4.15 petang 4 Januari di tempat letak kereta sebuah syarikat penghantaran barangan dan menahan suspek bersama sebuah kereta.

Hasil pemeriksaan berjaya merampas tiga kotak dadah dipercayai syabu dengan berat 34 kilogram bernilai RM1.2 juta. Rampasan pertama telah membawa pasukannya ke serbuan kedua di sebuah kawasan komersial di Bandaraya Kota Kinabalu, pada 9.50 pagi, 9 Januari.

Beliau berkata dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kota Kinabalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini