Ini usaha membantu petani dan penternak yang terkesan setelah kebun atau ternakan musnah akibat banjir.

RM200 juta diperuntukkan kerajaan  termasuk membantu penternak ikan patin. 

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Satu, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata pihaknya sedang segerakan penilaian menyeluruh bagi mengenal pasti kerosakan dan jumlah kerugian sebenar golongan sasar bagi menyediakan bantuan sewajarnya.
 
Di Pahang, berdasarkan maklumat  awal, seramai 55 penternak terjejas.
 
Beliau menyatakannya selepas menyampaikan bantuan MAFI Prihatin kepada ahli Lembaga Pertubuhan Peladang LPP yang terkesan dan meninjau kawasan projek yang musnah akibat banjir.
 
Bantuan Bakul Makanan disediakan kepada 400 keluarga di Temerloh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini