Sebanyak RM200,000 dibelanjakan bagi membaiki 21 buah rumah penduduk di seluruh negeri Perlis.

Ia melibatkan lapan buah rumah yang dibaiki dengan kos RM80,000 pada 2018 dan 2019 serta 13 lagi rumah tahun ini membabitkan kos RM120,000.

ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling berkata, program baik pulih itu melibatkan kerjasama dan sumbangan pelbagai pertubuhan
bukan kerajaan yang prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan.
 
Projek bantuan itu menumpukan permohonan mereka yang miskin dan tidak memenuhi syarat asas program bantuan agensi kerajaan.
 
Ia termasuk baik pulih rumah yang disewa atau rumah bukan atas nama pemohon dan sebagainya.

Kelulusan program pula akan diperhalusi dari segenap aspek agar matlamat bantuan sampai kepada golongan memerlukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini