Sejumlah RM210 juta akan diperuntukkan di bawah Pemberian Tahunan kepada negeri Melaka, tahun depan.

Manakala, RM574 juta telah diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukkan itu bagi menampung 171 projek pembangunan.

Tambahnya, rakyat negeri Melaka juga akan terus menerima bantuan tunai dengan anggaran peruntukan melebihi RM300 juta.
 
Ini bakal memanfaatkan hampir 300,000 penerima melalui bantuan bulanan kebajikan masyarakat serta
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini