Kerajaan memperuntuk bantuan RM262 juta sebagai respons awal bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, dana RM62 juta akan disalurkan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai tambahan ke atas peruntukan subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022.

Dana RM200 juta disediakan sebagai pinjaman agromakanan pada kadar faedah sifar peratus.

Selain moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan di bawah Tekun Nasional dan Agrobank untuk manfaat pengusaha tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan yang terkesan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS kali ke-47. Beliau telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Kewangan SERTA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk merangka dan memformulasi langkah-langkah mitigasi menangani isu berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini