RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan jumlah kedua tertinggi dalam Bajet 2022.

Ia selari komitmen kerajaan dalam mengutamakan kesihatan awam, bagi membina daya tahan negara untuk beralih ke fasa endemik.

Dana tambahan sebanyak RM4 bilion disediakan, khusus bagi menangani COVID-19.

2 bilion daripada jumlah itu, bertujuan membiayai program vaksinasi.

Manakala bakinya, untuk meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan awam.

Tahun depan kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini