Kerajaan memperuntuk RM332.1 billion jumlah keseluruhan bagi Bajet 2022 dengan menggariskan tiga fokus induk utama iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya saing serta ekonomi yang makmur dan mapan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan bercadang menyediakan RM233.5 bilion bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

RM2 bilion pula turut disediakan sebagai simpanan luar jangka. Meskipun ia merupakan bajet mengembang, defisit fiskal 2022 diunjur berkurang kepada 6 peratus daripada KDNK berbanding 6.5 peratus pada 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini