RM370,000 diperuntukkan bagi membina surau diperbuat daripada Sistem Binaan Kenaf (KBS) Tasblock yang pertama dalam negara di Kampung Melayu Bukit Panjang, Pontian.

Ia susulan keadaan surau sedia ada telah uzur dan tidak selamat untuk digunakan, selain ruang sempit untuk aktiviti keagamaan.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, ia memanfaatkan kira-kira 100 jemaah dalam satu-satu masa.

Pembinaan menggunakan KBS Tasblock itu, dapat menjimatkan kos, selain mengelakkan pembaziran bahan binaan, serta tidak menjejaskan alam sekitar.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Surau berkenaan di Pontian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini