RM4.7 juta diperuntuk bagi membangunkan 250 projek perumahan untuk veteran ATM di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, tahun ini sahaja, 72 unit rumah dibaikpulih dan 28 unit bina baharu disediakan menerusi Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Kesemua projek berkenaan dijangka siap akhir tahun ini.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis penyerahan kunci rumah bina baru inisiatif perumahan veteran ATM peringkat negeri Kelantan di Kg Mata Air, Machang. 

Bagi penerima kunci rumah, Mohamad Zawawi Mustapha, beliau bersyukur selepas penantiannya selama 20 tahun untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini