Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memperuntukkan lebih setengah juta ringgit bagi membantu penduduk terjejas banjir di seluruh negara. 

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bantuan menerusi program Kotak Kasih KKMM itu dilaksanakan di bawah siri Jelajah Sukarelawan KKMM dan NGO. 

Tan Sri Annuar ditemui media, selepas menyampaikan Kotak Kasih KKMM dan bantuan Rumah Prihatin kepada penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah
Kebangsaan Kuala Balah, Jeli, Kelantan.
 
Hadir sama ADUN Kuala Balah, Abdul Aziz Derashid.
 
Pada majlis itu, 76 penduduk terjejas banjir menerima bantuan barangan keperluan asas serta wang tunai berjumlah RM300.

Selain Kotak Kasih KKMM, Program Bantu Hingga Selesai (BAHIS) yang dilaksanakan KKMM juga banyak membantu penduduk terjejas banjir. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini