RM67.5 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja pascabanjir merangkumi 50 juta ringgit untuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan itu  bagi kos membaik pulih infrastruktur dan kemudahan awam, selain RM12.5 juta  untuk kerja-kerja pembersihan sisa banjir.

Manakala RM5 juta disalurkan daripada PRIMA bagi keperluan Bantuan Bakul Bencana KPKT.

Sebagai persediaan banjir gelombang kedua di beberapa negeri; peruntukan tambahan disediakan sebanyak RM7.825 juta.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kepada 595 warga kerja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terjejas banjir di Putrajaya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini