Kira-kira RM670,000 diperlukan bagi membaik pulih tiga buah balai polis yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, anggaran kos tersebut bagi pembaikian ruang pejabat infrastruktur sekitar balai dan kuarters polis. Datuk Rohaimi berkata demikian selepas meninjau Balai Polis Air Putih di Kemaman.

Ujar beliau lagi, pihaknya akan membantu 48 anggota dan pegawai yang terjejas banjir melalui tabung kebajikan dan bantuan-bantuan lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini