Sebanyak RM7.8 juta diperuntukkan bagi menaiktaraf Kompleks Surau Al Kahfi di Pinggiran Batu Caves, Gombak, Selangor.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan itu bagi meroboh dan membina semula Kompleks Surau Al Kahfi yang melibatkan Surau, Sekolah Rendah Agama dan Kuarters.

Jelasnya, surau Al Kahfi dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (Kafa Integrasi) Al-Kahfi sedia ada tidak dapat menampung keperluan jemaah dan penduduk di kawasan sekitar yang semakin padat.

Peruntukan itu disampaikan kepada Pengerusi Surau Al-Kahfi, Mohd Rozi Salleh.

Beliau berucap dalam  Majlis Ramah Mesra bersama anak kariah Surau Al-Kahfi di Gombak, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini