Sebanyak RM725,000 diperuntukkan bagi Projek Penternakan Rusa Nukleus melibatkan kawasan seluas 20 ekar di Ladang Informasi Veterinar Bari, Setiu.

Ladang berkenaan bakal menjadi pusat pengeluar baka ternakan rusa terbesar dan berkualiti milik kerajaan menjelang 2023.

Ladang berkenaan juga akan menjadi pusat rujukan untuk penternakan rusa meliputi sistem, teknologi dan amalan penternakan baik.

Ketika ini terdapat 50 ekor rusa betina, lima rusa jantan dan tujuh anak rusa di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini