Sebanyak RM79.8 juta diperuntukan bagi membina dan membaik pulih rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sarawak, tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia meliputi 405 projek bina baharu dan 3,077 projek baik pulih.

Bagi tujuan itu, GIATMARA telah bertanggungjawab sebagai agensi pelaksana projek PPRT Wilayah Sarawak meliputi 180 unit rumah baharu dan 1,162 unit rumah baikpulih dengan peruntukan RM29.7 juta.

Manakala selebihnya dilaksanakan oleh Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak.

Datuk Seri Mahdzir berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan PPRT di Lawas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini