Sebanyak RM790,000 dana diperuntukkan di bawah Program Keusahawanan Asnaf atau ISHRAF 2.0 bagi membantu lebih 70 usahawan Asnaf.

Program khusus pembangunan usahawan ini bagi meningkatkan kemahiran sekaligus memastikan perniagaan mereka berlandaskan ekonomi digital.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Muslimin Yahaya menyatakan, pihaknya akan terus memastikan usahawan mengadaptasi teknologi agar kekal berdaya saing dalam dunia perniagaan. 

Selain itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, inisiatif ini bagi memastikan golongan sasaran keluar daripada kategori penerima zakat kepada pembayar zakat sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia.   Penyertaan usahawan Asnaf ini daripada enam buah negeri meliputi Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.           

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini