Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC)memperuntukkan RM800,000 tahun ini bagi pembelian mesin-mesin berteknologi untuk disumbangkan kepada pemain industri seluruh negara.

Pengerusinya, Norrida Yusoff berkata insentif bagi merancakkan kembali industri perkayuan negara selain membantu usahawan muda meneroka peluang pasaran yang tersedia ada.

Melalui sumbangan itu juga; ia bakal memacu kadar pengeluaran produk perkayuan sekaligus memaksimumkan penjanaan pendapatan dalam kalangan usahawan yang terlibat berbanding kaedah konvensional. 

MTC selaku pemegang taruh utama sektor perindustrian perkayuan negara juga kini dalam usaha untuk memberi nilai tambah kepada usahawan-usahawan tempatan bagi meneroka sebarang peluang baharu melalui penjenamaan dan pemasaran.

Untuk itu, sebanyak 21 mesin kerja-kerja kayu telah disumbangkan kepada usahawan dalam negeri Terengganu dan lepasan pelajar Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) yang telah dikenal pasti. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini