Kementerian Kerja Raya memerlukan Kira-kira RM970 juta bagi kerja pemulihan dan pembersihan melibatkan kawasan terjejas banjir di seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk  Seri Fadillah  Yusof, ia melibatkan kerja baik pulih di jalan-jalan persekutuan dan jalan di bawah Kerajaan Negeri membabitkan 895 lokasi yang telah dikenal pasti.

Secara keseluruhan, ia merangkumi infrastuktur seperti jambatan, jalan raya dan cerun .

RM30 juta  dana juga diperlukan bagi menambah komponen Jambatan Bailey sebagai persediaan awal risiko banjir pada masa depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini