Sebanyak 21 projek yang bernilai RM558.7 juta di bawah Kementerian Dalam Negeri telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, RMKe-12.

Daripada 21 projek tersebut, 10 daripada nya adalah projek-projek di bawah Polis Diraja Malaysia, PDRM yang bernilai RM326.8 juta

10 projek tersebut antaranya ialah pembinaan ibu pejabat polis di Belaga, Sarawak, pembinaan 18 buah Pos Pasukan Gerakan Am, PGA di Selangor, dan pembinaan Balai Polis Kuala Penyu, Baufort, Sabah.

Beliau menjelaskan kepada media selepas Majlis Pecah Tanah pembinaan pejabat dan pusat latihan unit tindakhas, UTK di Semenyih, Selangor.

Pusat latihan tersebut yang bernilai RM157 juta, dibangunkan khas bagi melatih dan menguruskan unit UTK.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini