Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) tidak hanya berpaksi kepada meningkatkan pendapatan semata-mata tetapi juga kelestarian alam sekitar.
 
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, ke arah itu ia harus di mulakan diperingkat awal pendidikan bagi memastikan hasrat tersebut tercapai.

Menurut beliau, genarasi akan datang perlu dididik mengenai kecintaan terhadap alam sekitar.

Bagi mencapai ekonomi yang mapan dan menambahbaik kualiti kehidupan, penting untuk sesebuah masyarakat memelihara dan memulihara sumber alam semulajadi, juga kesihatan dan kesejahteraan makhluk lain.

Beliau ditemui selepas program 6th Dialogue Series for the 12th Malaysia Plan 2021-2025 on Advancing Sustainability di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini