Seorang bomoh didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini, atas tuduhan merogol wanita 23 tahun, 14 Oktober lalu. 

Tertuduh, Jusoh Jaafar, 67 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaacob. 
 
Ketika kejadian, tertuduh didakwa menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan dan melakukan kesalahan itu di bilik sebuah rumah di Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas, pada pukul 3 petang.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan. Mahkamah menetapkan esok sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini