Malaysia menggesa semua pihak supaya berkongsi tanggungjawab dengan menandantangani Konvensyen Pelarian 1951 bagi menghormati undang-undang antarabangsa menerima pelarian Rohingya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 57 peratus daripada populasi pelarian di Malaysia adalah dalam kalangan Rohingya.

Meski Malaysia tidak menyertai Konvensyen Berkait Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967 bantuan yang dihulur adalah tanggungjawab yang boleh memberi kesan positif kepada sestabilan serantau.

Beliau turut menggesa Myanmar agar komited bagi memastikan proses membawa pulang Rohingya dengan efektif selain melindungi hak asasi mereka.

Sehingga kini, nasib masyarakat Rohingya di Myanmar masih tidak menemui titik akhir lebih-lebih lagi ketika pergolakan yang kian memuncak di sana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini