Rokok dan arak tidak bercukai bernilai hampir RM1 juta dirampas Pasukan Gerak Am (PGA) di Semabok, Melaka.

Turut ditahan, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga stor.

Komander Briged Tengah PGA, SAC Muhammad Abdul Halim berkata, operasi dijalankan di sebuah rumah yang dijadikan gudang. 393 ribu batang rokok dan 11, 446 botol arak pelbagai jenama dirampas.

Siasatan mendapati sindiket bergiat aktif sejak sebulan lalu.

Suspek direman sehingga esok. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini