Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan.. tidak akan ada rombakan Kabinet setakat ini, sebaliknya tumpuan kerajaan kini kepada isu yang mencengkam rakyat terutamanya bencana banjir dan pandemik COVID-19.

Menyifatkan isu rombakan Kabinet hanya spekulasi semata-mata, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan negara masih dilanda bencana banjir dan COVID-19 yang belum selesai.

Jelas Perdana Menteri, Mesyuarat Kabinet yang berlangsung setiap Rabu hanya fokus kepada dua isu utama buat masa ini, iaitu penyelesaian masalah banjir dan Covid-19.

Perdana Menteri ditemui media, selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada 55 ketua isi rumah yang dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Gangsa, Durian Tunggal, Melaka.

Sejak kebelakangan ini, timbul desas-desus, Perdana Menteri akan melakukan rombakan Kabinet dengan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri, dan menggugurkan tiga menteri daripada jawatan yang disandang mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini