Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan rombakan kecil kabinet pada Rabu termasuk melantik Menteri Perdagangan baharu.

Menerusi rombakan itu,  Zulkifli Hassan,Pengerusi Parti Amanat Nasional  diberi  tanggungjawab sebagai Menteri Perdagangan yang baharu.

Penyandang sebelum ini Muhammad Lutfi didakwa tidak berkesan dalam melaksanakan dasar untuk membendung lonjakan harga minyak masak domestik termasuk larangan penghantaran minyak sawit daripada pengeksport terbesar dunia itu.

Jokowi berharap Zulkifli akan memastikan negara mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi keperluan makanan ruji domestik, manakala Hadi boleh mempercepatkan proses sijil pemilikan tanah rakyat.

Menteri baharu itu berikrar untuk “menyelesaikan dengan pantas isu berkenaan sejurus selepas pelantikannya.

Jokowi turut melantik Bekas Panglima Tentera, Hadi Tjahjanto sebagai Menteri Hal Ehwal Pertanian dan Perancangan Tanah, menggantikan Sofyan Djalil.

Terdahulu, semua menteri dan timbalan menteri baharu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Jokowi di Istana Merdeka. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini