Padah mengugut dan merosakkan kenderaan milik isterinya, seorang lelaki berusia 30 tahun direman selama empat hari sehingga Jumaat ini.

Kejadian berlaku di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah pada 13 Disember lalu.

Video perbuatan lelaki terbabit sempat dirakam isterinya sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.37 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun bersama anaknya sedang menaiki sebuah kereta sebelum menyedari diekori suaminya yang menunggang motorsikal.

Ketika tiba di tempat kejadian, lelaki terbabit menahan kereta isterinya dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali menyuruh mangsa membuka tingkap dengan alasan mahu memberikan wang kepada anak mangsa.

Mangsa kemudian membuka sedikit cermin kereta sebelum suspek bertindak merentap cermin kereta jenis Perodua Axia sehingga pecah dan tercabut.

Serpihan kaca telah terkena kepada anak mangsa hingga menyebabkan anak-anak mangsa terkejut.

Suspek ditahan sejurus selepas kejadian dan mangsa membuat laporan polis.

Kes disiasat dibawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini