Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim menasihatkan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia agar bijak memilih kejohanan yang penting sahaja bagi memastikan mempunyai masa pemulihan.

Jelas Roslin, kondisi Zii Jia ketika ini bukan dalam keadaan terbaik selepas mengharungi kejohanan berturut-turut selepas Piala Sudirman september lalu.

Jelas Roslin lagi, walaupun Persekutuan Badminton Dunia BWF menetapkan syarat pemain kelompok 10 terbaik dunia wajib menyertai 2 kejohanan bertaraf jelajah dunia, tetapi pemain boleh membuat pilihan.

Roslin gusar dengan keadaan dan prestasi Lee Zii Jia yang sangat berbeza ketika dia memenangi Kejuaraan Seluruh England, Mac lalu.

Pemain perseorangan negara itu kini sedang mengikuti Terbuka Hylo di Saarbucken, Jerman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini