Roti telur biasanya menjadi menu pilihan kegemaran ketika bersarapan. Keunikan seorang pengusaha roti canai mencipta roti canai berbentuk biawak mendapat perhatian orang ramai. Rakaman cara-cara roti canai itu disediakan turut tular di media sosial.

Pemilik akaun @abangterbang, diminta untuk membuat roti telur berbentuk biawak. Roti canai itu disediakan dengan teliti bagi menghasilkan bentuk menyerupai biawak. Hasilnya yang kreatif memukau perhatian pelanggan.

Selepas siap dimasak, roti canai itu dihidangkan dengan dua biji telur setengah masak dan dimakan bersama kuah kari. Dia sebelum ini pernah tular di media sosial apabila menghidangkan roti canai berbentuk ular seperti diminta pelanggannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini