RTM telah memainkan peranan yang cukup besar bagi memartabatkan kembali seni warisan budaya negara.

Justeru Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata bagi memastikan ia  terus tidak hilang ditelan zaman, RTM juga sedang mengenal pasti kepelbagaian seni budaya peringkat negeri yang dapat diangkat untuk tatapan umum.

Mengulas mengenai Peringkat Akhir Dikir Barat 2022 Sabtu ini selain siaran di saluran TV2, ia juga bakal berlangsung secara fizikal di 3 lokasi di Angkasapuri.

Ia melibatkan Auditorium Perdana, Auditorium P.Ramlee dan ruang legar Wisma TV bagi menampung kapasiti penonton. Pada peringkat separuh akhir lalu, hampir 2 juta tontonan direkodkan menyaksikan Kumpulan Sirat Maharaja dan Kumpulan Sound Creative layak ke peringkat akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini