Perit dan memilukan.

Rumah yang didiami Che Mansor Daud selama 20 tahun musnah akibat dilanda banjir di Yan baru-baru ini.

Bukan sahaja semua barangan dapur tetapi juga peralatan mengerjakan sawah yang menjadi punca pendapatannya turut rosak.

Isterinya Jamilah Harun turut menceritakan detik dilanda banjir walaupun hampir tinggal sehelai sepinggang, namun tetap hadir janji temu vaksin yang kebetulan sehari selepas kejadian.

Kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun ke rumahnya dianggap sebagai hadiah buat mereka sekeluarga dan memberi semangat untuk Che Mansor kembali turun ke bendang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini