Sebuah rumah dua tingkat musnah terbakar di Kampung Padang Kulim, Kulim, Kedah, pada Ahad. Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataannya berkata dua jentera bomba, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi- Tech dan BBP Kulim diketuai komander operasi,K. Chandran bergegas ke lokasi kejadian dengan jarak dua kilometer. Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba dan penyelamat membuat tindakan cepat dengan mengawal dan memadamkan kebakaran dari terus merebak. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini