Sebanyak 282,259 unit Rumah Mampu Milik (RMM) telah siap dibina oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pemaju swasta dari tahun 2016
sehingga 2020.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd Mutalib bagaimanapun memaklumkan hanya merangkumi 43.2 peratus daripada sasaran 653,000 ribu unit RMM yang disasarkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).  

Sasaran pembinaan RMM tidak tercapai berikutan kekurangan tanah yang sesuai, masalah penyediaan peruntukan dan pemaju gagal menyiapkan projek perumahan dalam tempoh ditetapkan.
 
Selain itu, penularan pandemik COVID-19 pada tahun lalu turut membantutkan usaha tersebut.

Beliau menjawab pertanyaan senator Datuk Mohan Thangarasu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini